24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

PRN Melaka: KKM larang aktiviti, perhimpunan dan majlis sosial

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya berkuat kuasa esok sehingga 27 November ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, larangan itu terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.

Menurutnya, larangan itu dikeluarkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang terkini.

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Baca juga:   Kedudukan Sabah, Sarawak terus dipertingkat jika BN berkuasa

“Semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang telah ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairy berkata, KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul dari seluruh negara.

“Aktiviti tersebut akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan situasi Covid-19 dalam negara, antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial.

Baca juga:   KKM mohon dana tambahan RM1.14 bilion perangi COVID-19

“Sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Katanya, berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan;

Menurutnya lagi, perhimpunan yang tidak dibenarkan termasuk bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan