24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Covid-19: 5,666 kes baharu, menurun 162 kes harian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 5,666 kes berbanding 5,828 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,431,716 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data kes akan dikemas kini setiap hari selepas tengah malam.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkongsikan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini kekal mencatatkan tahap 0.87 selama dua hari berturut-turut, sehingga setakat semalam.

Menurutnya, Kuala Lumpur mencatat Rt tertinggi iaitu pada tahap 1.

Advertisements

Beberapa negeri lain masih mencatatkan nilai Rt di bawah 1 iaitu Negeri Sembilan (0.99), Wilayah Persekutuan (0.96), Selangor (0.93), Sabah (0.91) dan Melaka (0.93).

Diikuti negeri lain dengan kadar Rt semakin berkurangan iaitu Pulau Pinang (0.84), Johor (0.86), Kelantan (0.87), Kedah (0.87), Pahang (0.81), Perak (0.81), Terengganu (0.86), Sarawak (0.80), Perlis (0.77) dan Labuan (tiga kes).

Menurutnya, kebimbangan mengenai penyebaran virus dengan lebih pantas atas faktor kurang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas kerajaan melonggarkan pelbagai sekatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan