26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

8,438 dos penggalak; 15.6% remaja lengkap vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 8,438 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 101, 590 dos berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 124,530 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 49,069,291 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 106,261 lengkap divaksin dan 9,831 bagi suntikan dos pertama.

Ini sekali gus menjadikan 23,766,414 atau 72.8 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Perkongsian sama turut menyaksikan sebanyak 51.6 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap imunisasi, manakala 81.1 peratus belum lengkap vaksinasi dan 18.9 peratus tiada vaksinasi.

Advertisements

Sementara itu, berkaitan kes harian COVID-19, kes aktif terus menunjukkan trend penurunan dengan sebanyak 1,358 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 75,947 kes.

Sejumlah 59,129 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 10,274 kes di PKRC.

Dalam pada itu, terdapat 5,941 kes di hospital, 303 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 300 di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan