26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ahli Parlimen diminta jalani ujian RT-PCR, hadiri sidang Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA Ahli Parlimen diminta menjalani ujian (RT-PCR) dengan segera melakukannya agar dapat menghadiri persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang bermula hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, ini kerana terdapat beberapa orang Ahli Parlimen yang masih belum menjalani ujian RT-PCR bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Untuk makluman terdapat Ahli-Ahli Berhormat masih belum buat ujian RT-PCR untuk menghadiri sidang, untuk itu tolong Ahli-Ahli Berhormat buat ujian sebelum dibenarkan menghadiri.

“Ahli-Ahli Berhormat juga perlu buat ujian RTK Saliva (ujian RTK air liur) secara berkala,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Mohd Rashid memaklumkan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah diagihkan kepada semua Ahli Parlimen.

“Yang Berhormat boleh membuka pelitup muka ketika bercakap dan memakai semula selepas itu selain perlu menjaga penjarakan fizikal dan melaksanakan ujian air liur berkala,” katanya.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang bermula hari ini akan membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan ordinan-ordinan darurat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan