26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

5,854 kes harian, turun selepas tiga hari melebihi 6,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES jangkitan harian COVID-19 kembali menurun kepada 5,854 kes hari ini selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan pertambahan melebihi angka 6,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,466,663 kes.

Kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 6,000 kes ialah pada 26 Oktober lalu, dengan 5,726 kes direkodkan.

Mengulas lanjut, katanya, daripada kes harian tersebut, sebanyak 13 kes adalah kes import manakala 5,841 kes adalah penularan tempatan.

“Turut dilaporkan sebanyak 79 kes (1.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, sebanyak 5,775 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, menurut Dr Noor Hisham, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 6,715 kes menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,368,634 kes atau 96.0 peratus.

Baca juga:   Omicron: Penggunaan katil hospital, PKRC meningkat

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan adalah sebanyak 570 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 67 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 293 kes (216 kes disahkan COVID-19 ; 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Sementara itu, ujar beliau, terdapat dua kluster baharu dicatatkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 438 kluster. – Edisi 9

Baca juga:   14,954 kes baharu COVID-19, Sarawak masih tertinggi

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan