28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Akta 342 bukan hanya untuk PRN Melaka sahaja

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu akan terus dikuatkuasanya dan tidak terbatas kepada parti politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKTA Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan terus dikuatkuasakan di seluruh negara dan bukan hanya di negeri Melaka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bukan hanya parti politik, malah mana-mana kumpulan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan tetap akan dikenakan tindakan.

“Parti Muda tak ada ya (belum didaftarkan), jadi perjumpaan (dikira) melanggar SOP. Tak kira parti atau mana-mana kumpulan melakukan sesuatu tidak mengikut SOP. Bukan setakat SOP pilihan raya malah Akta 342.

“Akta ini masih berjalan sama ada pilihan raya atau tidak, bukan hanya di negeri Melaka, di mana mana sahaja, ini orang tak faham orang ingatkan hanya pilihan raya.

“Penjarakan sosial, tak pakai pelitup muka, macam-macam yang ada dalam Akta 342 itu masih terpakai diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), itu sepatutnya kita fikirkan dahulu,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Melaka di Ayer Keroh hari ini, lapor Astro Awani.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Mengulas lanjut berhubung SOP Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, jelasnya, ia akan dikuatkuasakan seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

“Kalau SOP yang dibuat SPR itu lain, itu belum diumumkan. Apabila diumumkan nanti kita (PDRM) akan ambil tindakan (penguatkuasaan) mengikut ketetapan yang dibuat SPR,”katanya.

Tambah Hamzah, bagi memastikan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan sepanjang PRN Melaka bermula 8 November depan, beberapa pendekatan diambil agensi itu.

“Dalam keadaan ini kita bincang adakah keanggotaan cukup, bagaimana nak menasihati anggota di bawah sana.

“Baru-baru ini Parlimen telah revoke semula ordinan-ordinan, maka anggota perlu tahu kita balik Akta 342, semua itu perkara kita ambil kira.

“Maka perbincangan dan taklimat diberikan saya yakin PDRM kontinjen Melaka dapat memastikan kita berikan kesejahteraan untuk semua rakyat, sama ada (berada) dalam (negeri) atau yang datang melawat Melaka, akan rasa selesa,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan