25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pelan transformasi digital TABIKA KEMAS dilaksana tahun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan melaksanakan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabikanya mulai tahun depan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelan transformasi digital itu akan menjadi aspirasi pembangunan bakat digital kanak-kanak di TABIKA KEMAS.

“KEMAS telah menyiapkan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak dan ianya akan memberi manfaat kepada hampir 200 ribu kanak-kanak TABIKA KEMAS kelak.

“Pelan itu merangkumi beberapa strategi antaranya memperluaskan pembekalan Peralatan Digital seperti pembekalan peralatan Smart TV, Komputer, akses Internet bagi mewujudkan persekitaran digital di TABIKA KEMAS,” katanya di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 Kali Ke-16.

Pelan itu juga katanya, akan memperkasakan pembangunan kandungan bahan Pengajaran dan Pembelajaran Digital melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak.

Antaranya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pakar akademik dari luar negara seperti United Kingdom dan Jepun.

Advertisements

Juga mempertingkatkan kompetensi digital kepada personel Pendidikan Awal kanak-kanak di KEMAS melalui pelaksanaan latihan berterusan berkaitan penggunaan teknologi dalam pendidikan.

Selain memperkasakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) melalui peluasan Pendidikan STREAM ke TABIKA dan TASKA KEMAS seluruh Malaysia termasuk tatasusila dalam penggunaan teknologi dan media sosial.

“Kita mahu supaya kanak-kanak yang datang belajar di TABIKA KEMAS ini akan merasai pengalaman yang menyeronokkan dalam melalui proses pembelajaran yang berteraskan Literasi Digital. Ini penting bagi memberi pendedahan dari awal agar kanak-kanak ini berkemahiran digital bagi memenuhi keperluan era digital di masa hadapan, “katanya.

Tambah beliau, KEMAS memperuntukkan hampir RM1 juta bagi tujuan latihan dan pembekalan peralatan digital kepada hampir 10,416 orang Pendidik Masyarakat TABIKA dan 10,833 buah kelas TABIKA KEMAS seluruh negara.

“Walaupun KEMAS akan ke arah pembelajaran digital namun ibu bapa tidak perlu risau kerana yuran pembelajaran atau sumbangan daripada ibu bapa di TABIKA KEMAS juga tidak akan dinaikkan sebaliknya ianya kekal dan tidak melebihi RM30.00 sebulan. Selebihnya adalah ditanggung oleh kerajaan melalui subsidi kerajaan sebanyak RM20 juta setahun kepada setiap kanak-kanak Tabika KEMAS, “katanya.

Sementara itu, Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, diadakan secara atas talian pada 11 hingga 15 Oktober 2021 melalui platform Facebook KEMASOFFICIAL dan Youtube KEMASTV.

Ia menampilkan enam acara bakat antaranya Bilal Cilik, KEMAS Kid Top Host dan Bercerita Sirah Rasul.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan