27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Elak pertembungan parti-parti Melayu di PRN Melaka – Mahdzir

Usaha dan perundingan sedang dibuat untuk memastikan keadaan itu tidak berlaku

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti Melayu terbesar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedang dilakukan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, rundingan berhubung perkara tersebut sedang dibuat.

“Ada dua benda saja saya nak katakan. Pertamanya kalau boleh tak ada pertembungan dan itu sedang diusahakan. Keduanya, adakan rundingan dan perkara itu sedang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16, di Alor Setar, Kedah hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah beberapa kali menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRN Melaka.

Malah kenyataan media dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 28 Oktober lalu turut memaklumkan bahawa UMNO akan meneruskan persefahaman dengan Pas tanpa langsung menyebut mengenai kedudukan Bersatu.

Ditanya sama ada beliau optimis perkara itu boleh berlaku, Mahdzir sekali lagi menegaskan yang beliau enggan mengulas lanjut dan perkara itu sedang diusahakan.

“Rundingan itu masih berjalan. Tak bolehlah beritahu banyak sangat, cukuplah apa yang saya katakan tadi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan