31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Bajet 2022 kesinambungan konsep Prihatin Rakyat

Konsep yang menyalurkan bantuan terus kepada golongan terkesan, baik individu mahupun perniagaan dengan semangat kebersamaan Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBENTANGAN Belanjawan 2022 menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesinambungan konsep Prihatin Rakyat yang menyalurkan bantuan terus kepada golongan terkesan, baik individu mahupun perniagaan dengan semangat kebersamaan Keluarga Malaysia.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya bajet yang telah dibentangkan semalam akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan yang diumumkan akan sampai kepada sasaran, lebih-lebih lagi kepada semua pihak dan sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Ini amat penting dalam memastikan kejayaan tahun 2022 sebagai tahun pemulihan untuk Malaysia.

“Dengan berpaksikan kepada tiga strategi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan, saya yakin Bajet 2022 akan terus memperkasa usaha-usaha pemulihan negara di bawah Pelan Pemulihan Negara yang sedang giat dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   APEC: Malaysia syor 3 keutamaan capai kestabilan ekonomi

Beliau berkata, bajet ini akan terus menyokong pemulihan negara melalui dasar fiskal yang mengembang dan dirangka berdasarkan keutamaan untuk memulihkan negara daripada kesan jangka panjang krisis pandemik terhadap sistem kesihatan awam dan struktur ekonomi.

“Ini adalah cerminan tekad kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan
utama.

“Peruntukan kedua terbesar yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan amat tepat bagi memacu pemulihan negara ke fasa endemik.

“Justeru diharapkan penekanan pada sektor kesihatan bukan sahaja mampu menampung fasa endemik tetapi juga memperkukuh sistem kesihatan negara untuk menghadapi cabaran
pandemik lain pada masa depan termasuk dari segi kapasiti hospital, fasiliti dan kepakaran, “katanya.

Baca juga:   Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 pantau prestasi, pelaksanaan

Ujar beliau, peruntukan paling besar sebanyak RM52.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan pula menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap aspek pembangunan modal insan termasuk penyediaan fasiliti dan akses pembelajaran yang masih menjadi masalah utama bagi murid di luar bandar.

“Saya berharap dana yang diperuntukkan
misalnya untuk membaiki sekolah daif dapat disalurkan ke sekolah yang benar-benar memerlukan, yang belum pernah mendapat
bantuan kerajaan.

“Justeru, saya menyeru agar semua rakyat Malaysia dapat bersatu padu dalam memastikan usaha pemulihan negara dapat berjalan dengan lancar dan kita semua dapat kembali merancakkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat demi mencapai aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, “katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Vaksin dos pertama antara tertinggi di Asia Tenggara- PM

Terkini

Fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil ditambah baik

KEMENTERIAN Kesihatan bersetuju menambah baik fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk...

Lagi Artikel Berkaitan