34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wanita jadi mangsa gangguan seksual pegawai tinggi kerajaan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pegawai tinggi kerajaan ketika dia bertugas di luar negara, tahun lalu.

Mangsa berusia 30 tahun itu mendakwa kejadian berlaku beberapa kali sepanjang Februari hingga Jun tahun lalu di kediaman pegawai tinggi tersebut ketika dia menjalankan tugas rasmi.

Menurut sumber, wanita terbabit mendakwa dia digoda, disentuh dan diraba oleh lelaki berkenaan selain sering merenungnya.

“Mangsa telah pulang ke tanah air seterusnya membuat laporan kepada pihak polis di Malaysia.

“Bagaimanapun pihak berkuasa di Malaysia tidak dapat melakukan apa-apa tindakan, sebaliknya menyerahkan kes tersebut kepada pihak kedutaan negara berkenaan.

“Ini kerana kejadian berlaku di rumah pegawai tinggi terbabit di negara tersebut,” kata sumber kepada Edisi 9 hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah membuat aduan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kejadian itu tetapi belum ada sebarang keputusan daripada hasil siasatan.

Malah pegawai tinggi terbabit sehingga kini masih bertugas di negara berkenaan.

Sehubungan itu mangsa telah memfailkan saman terhadap lelaki berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mangsa menuntut ganti rugi terhadap pelaku akibat kesan gangguan seksual yang dialami.

Sebutan kes dijadualkan pada 24 September ini. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan