30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tindakan terhadap Ahmad Maslan bersifat punitif – SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa tindakan kompaun yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah bersifat punitif.

SPRM menerusi kenyataan hari ini berkata, tindakan itu dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dan satu bentuk pemulangan aset di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Menurutnya, Setiausaha Agung UMNO itu sebelum ini pernah ditawarkan kompaun tersebut pada Oktober 2019 namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

“Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 Januari 2020,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan Ahmad dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan terhadapnya setelah beliau membayar kompaun mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001.

Ahmad dituduh gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan