28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

RMK-12: 351 projek bernilai RM2.92 bilion dilaksana tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air memperuntukkan sebanyak RM2.92 bilion bagi pelaksanaan 351 projek iaitu masing-masing 277 projek sambungan dan 74 projek baharu di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada kos keseluruhan projek bagi RMK-12 yang berjumlah RM44.6 bilion.

Menurutnya, kementerian akan melaksanakan peranannya di bawah tema ketiga RMK-12 iaitu Melonjakkan Kemampanan dalam memberi tumpuan kepada mempercepat pertumbuhan hijau serta mempertingkat kemampanan tenaga dan mentransformasi sektor air serta pengukuhan tadbir urus alam sekitar.

“Dua pemacu perubahan telah dikenalpasti bagi menjayakan Tema 3 iaitu Pemacu Perubahan 8: Menerima Guna Ekonomi Kitaran; dan Pemacu Perubahan 9: Mempergiat Penerimagunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM).

“KASA akan melaksanakan konsep ekonomi kitaran bagi sektor plastik melalui Rangka Kerja Pengurusan Plastik (Malaysia Plastic Sustainability Roadmap), selari dengan aspirasi mempercepat peralihan daripada sistem ekonomi linear dan mewujudkan ekosistem ke arah ekonomi kitaran.

Baca juga:   Covid-19: Wajib saring individu balik dari Sabah

“Peluasan tanggungjawab pengeluar (EPR) secara sukarela, sebelum beralih kepada skim mandatori dan digerakkan oleh industri akan menjadi tonggak utama dalam pelaksanaan Roadmap ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kementerian bertanggungjawab melaksanakan empat sasaran terpilih daripada sembilan sasaran yang telah ditetapkan di bawah agenda Mempercepat Pertumbuhan Hijau untuk Kemampanan dan Daya Tahan.

Baca juga:   PN pilih Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri

“Sasaran tersebut ialah Pengurangan Intensiti Pelepasan GHG sebanyak 45 peratus kepada KDNK pada Tahun 2030 berdasarkan Intensiti Pelepasan pada Tahun 2005 dan 25 peratus Perolehan Hijau Kerajaan.

“Pengurangan Penggunaan Hidro Klorofluoro Karbon (HCFC) sebanyak 67 peratus dan Pelaksanaan 10 Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM),” ujarnya.

Tambahnya lagi, lima sasaran terpilih di bawah agenda Mempertingkat Kemampanan Tenaga dan Mentransformasi Sektor Air iaitu: 98 peratus liputan akses kepada Air Bersih dan Selamat di Luar Bandar dan 10 Kajian Jumlah Beban Harian Maksimum dijalankan untuk Sungai Kritikal.

“Penubuhan Pusat Bersepadu untuk Data dan R&D&C&I Berkaitan Air, 25 peratus Tahap Air Tidak Berhasil (NRW) dan 98 peratus Liputan Sistem Sanitasi Terurus di Luar Bandar,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan