28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Kedah beralih ke Fasa 2, Lembah Klang, Melaka Fasa 3 – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Lembah Klang, Melaka dan Kedah berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Lembah Klang yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Melaka beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3, manakala Kedah daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.

Menurutnya yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan menyatakan peralihan fasa tersebut dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.

“Malaysia merekodkan trend penurunan bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19. Semalam R-naught di seluruh negara mencatatkan nilai 0.88 dan kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan penurunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   97.3 peratus dos pertama populasi dewasa di Lembah Klang

Ismail Sabri turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki fasa 2, 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my.

Baca juga:   97.3 peratus dos pertama populasi dewasa di Lembah Klang

-EDISI9

Terkini

PM ambil serius isu pemerdagangan rakyat Malaysia

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil serius isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia di luar negara. Perdana Menteri berkata, perkara...

Lagi Artikel Berkaitan