25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ahmad Maslan dibebaskan, selepas bayar kompaun RM1.1 juta

Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq yang mewakili Ahmad berkata, penyelesaian tersebut bukan bermakna anak guamnya itu membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan daripada dua pertuduhan setelah beliau membayar kompaun sebanyak RM1.1 juta sebagai penyelesaian kes.

Perintah tersebut telah dikeluarkan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh ketika prosiding sebutan dijalankan ke atas Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian setelah mencapai persetujuan dengan pihak pendakwaan.

Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq yang mewakili Ahmad berkata, penyelesaian tersebut bukan bermakna anak guamnya itu membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

“Proses penyelesaian ini telah dibuat menurut undang-undang dan telah melalui proses yang telus dan teratur. Proses penyelesaian ini adalah semata-mata bagi tujuan kes ini.

“Tiada sebarang kaitan dengan apa-apa faktor politik atau luaran dan tidak melibatkan mana-mana orang atau agensi lain selain agensi siasatan dan agensi pendakwaan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan sebaik mahkamah itu membuat keputusannya hari ini.

Ahmad dituduh gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Advertisements

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(C) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLTFA) 2001 pada Januari tahun lalu.

Pejabat peguam itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa satu proses penyelesaian melalui pembayaran kompaun telah diselesaikan.

“Pendakwaan juga telah menyatakan bahawa pihaknya tidak akan meneruskan pertuduhan tersebut ke atas anakguam kami.

“Proses penyelesaian ini telah melalui beberapa siri permohonan, perbincangan, timbang tara antara pihak-pihak yang berkenaan dan hanya direkodkan di mahkamah selepas dimuktamadkan oleh pihak-pihak.

“Proses penyelesaian ini juga telah dimuktamadkan selepas pihak-pihak bersedia untuk memberikan komitmen masing- masing terhadap terma penyelesaian yang dipersetujui,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan