31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pemandu lori maut, langgar belakang treler

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pemandu lori maut selepas lori lima tan yang dipandu melanggar belakang sebuah lori treler dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 42.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan dari Bandar Serenia di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia KLIA, Timbalan Penguasa Bomba II, Khairuddin Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 4.41 pagi sebelum sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kira-kira pukul 4.57 pagi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori muatan lima tan dan telah melanggar bahagian belakang sebuah lori treler.

“Mangsa, lelaki Melayu berusia 41 tahun telah tersepit dan tidak sedarkan diri di bahagian pemandu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, melihat keadaan mangsa, kerja-kerja mengeluarkannya terus dilakukan bagaimanapun pihak bomba menghadapi sedikit kesukaran kerana keadaan kabin pemandu post A rapat ke kerusi pemandu akibat daripada pelanggaran tersebut.

“Bagaimanapun, pihak bomba dapat juga mengeluarkan mangsa dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit lebih kurang 20 minit dan operasi tamat pada pukul 5.53 pagi.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kemalangan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan