32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiga kumpulan remaja dibenarkan ‘walk in’ PPV untuk vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hanya tiga kumpulan remaja dibenarkan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Mereka adalah, remaja tidak bersekolah, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan remaja ‘home schooling’.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media KKM menerusi Facebook secara maya di sini.

Mengulas lanjut, katanya, selain daripada kumpulan remaja itu, pemberian vaksin akan dijalankan secara berjadual di 156 PPV serta di sekolah.

“Hari ini masih ada yang ‘walk in’ dan mereka yang tidak tergolong dalam kumpulan remaja ini, diminta untuk menunggu jadual janji temu yang dimaklumkan sama ada oleh pihak sekolah atau aplikasi MySejahtera.

“Saya nasihat ibu bapa tidak bergegas ke PPV kerana jadual (suntikan) akan dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlebih awal… mereka akan bagi giliran ini kepada ibu bapa dan penjaga,” katanya.

Advertisements

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan ibu bapa membawa anak mengikut tarikh serta waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

“Hari ini saya dimaklumkan kesesakan berlaku di Dewan Sivik Petaling Jaya, ada pelbagai sebab ini berlaku tetapi yang utama adalah datang tidak mengikut waktu yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, Khairy memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin bagi mendapatkan perolehan data untuk tujuan vaksinasi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Katanya, pertemuan bersama dengan sebuah syarikat pengeluar vaksin telah dibuat baru-baru ini dan mengeluarkan data ujian klinikal awal vaksinasi kelompok kanak-kanak usia berkenaan.

“Semalam dalam penggulungan usul titah diraja di Dewan rakyat, saya menyatakan KKM tidak lagi menggunakan terma imuniti kelompok, tetapi bergerak kepada perluasan capaian vaksinasi. Ini bermakna kita meluaskan capaian vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk Malaysia.

“Sebagai contoh, kita memulakan vaksinasi kepada golongan remaja dan akan menilai data vaksinasi kepada kanak-kanak bawah 12 tahun,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan