26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

57,335 kes tertangguh dicatatkan KKM- Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 57,355 kes tertangguh bagi pembedahan dan prosedur perubatan bukan COVID-19, dicatatkan di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) setakat 1 September lalu,”kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, kes tertangguh itu berlaku berikutan kebanyakan hospital KKM, unit rawatan rapi (ICU) serta pakar dan kakitangan sokongan dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19 ketika ini.

“Berdasarkan data, sebanyak 93.8 peratus atau 53,785 kes tertangguh adalah membabitkan pembedahan yang meliputi pembedahan am, urologi, pembedahan paediatrik, pembedahan plastik dan rekonstruktif, pembedahan kardiotorasik, ginekologi, orthopedik dan oftalmologi,”katanya pada sidang media KKM menerusi Facebook secara maya di sini.

Advertisements

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 97.4 peratus atau 52,373 adalah kes pembedahan tertangguh bukan kanser, dan sebanyak 2.6 peratus atau 1,412 membabitkan kes kanser.

“Sejumlah 6.2 peratus atau 3,570 daripada keseluruhan 57,355 kes tertangguh pula adalah untuk prosedur perubatan, antaranya meliputi arteriovenous fistula creation, angioplasti, angiogram, kemasukan perentak jantung (pacemaker), ujian fungsi paru-paru dan sebagainya.

“Sebanyak 83 peratus atau 2,964 adalah kes tertangguh bukan kanser, 15 peratus atau 534 membabitkan kes kanser dan dua peratus atau 72 kes untuk prosedur transplan,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan