26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Pengasuh dakwa bayi terjatuh, rupa-rupanya dihempas ke lantai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami pendarahan pada kepala dipercayai didera pengasuh dalam kejadian di Taman Desa Pelancongan, Ipoh, Perak, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian disedari bapa mangsa selepas dihubungi pengasuh itu yang meminta mengambil bayi terbabit yang dikatakan terjatuh dari alat bantu berjalan atau ‘baby walker’.

Menurutnya, setibanya lelaki itu di rumah pengasuh berkenaan, dia mendapati terdapat kesan bengkak pada kepala bayinya.

“Bapa mangsa bertanyakan keadaan bayinya kepada wanita berusia lingkungan 22 tahun itu dan dia memberitahu bayi tersebut terjatuh semasa didukung.

“Mangsa segera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan pemeriksaan mendapati terdapat pendarahan di kepala dan tempurung kepala retak,” katanya hari ini.

Mior Farid berkata, mangsa tidak sedarkan diri dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Baca juga:   Penduduk pangsapuri Casa Prima terima lif baharu

Berikutan itu menurutnya, satu laporan polis berkaitan cubaan bunuh diterima pihaknya semalam yang membawa kepada tangkapan pengasuh berkenaan.

“Bayi itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada pukul 7.10 pagi kelmarin, sebelum bapanya dihubungi pada pukul 2.35 petang untuk mengambil bayinya semula.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek warga tempatan itu dikatakan telah menghempas kepala bayi itu sebanyak dua kali ke lantai kerana mangsa tidak berhenti menangis.

Menurutnya, suspek hanya berhenti melakukan perbuatan itu setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri.

Baca juga:   Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan