34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

MPN bincang isu siswazah menganggur Isnin depan – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Isu pengangguran dan peluang pekerjaan dalam kalangan siswazah antara perkara yang akan diperhalusi dalam Mesyuarat Pemulihan Negara (MPN) pada Isnin hadapan.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu antara masalah utama yang berlaku di negara ini akibat pandemik Covid-19 yang mengakibatkan ramai individu tidak dapat bekerja termasuk yang diberhentikan.

“Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ketika pentadbiran saya dan berlanjutan hingga hari ini adalah membantu pekerja menjaga pekerjaan mereka dengan memberikan subsidi kepada majikan untuk memastikan mereka tidak memberhentikan pekerja mereka.

“Pengangguran dalam kalangan siswazah tidak hanya terjadi ketika waktu wabak Covid-19 melanda negara tetapi isu berkenaan sudah lama berlaku,” katanya di sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Bersama Pimpinan Bersatu Johor di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, Johor.

Muhyiddin berkata, ketika beliau menjadi perdana menteri isu berkenaan sentiasa diberi penekanan.

Oleh itu, beliau mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat meneruskan usaha itu untuk mencapai objektif dalam menjana 500,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

“Saya percaya kita semakin dekat dengan sasaran kerana Malaysia memiliki banyak peluang pekerjaan dan ini tidak mempertimbangkan pelaburan baharu yang masuk ke negara ini.

“Pelaburan di Malaysia melonjak hingga 200 peratus daripada tahun lalu dan ini akan membantu menjana lebih banyak peluang pekerjaan dalam masa terdekat,” katanya.

Majlis Pekerjaan Negara bukan sahaja menangani masalah pekerjaan tetapi pekerja yang dikurangkan gaji untuk membantu menaikkan pendapatan mereka.

“Ketika ini banyak sektor ekonomi dibuka, sekali gus akan membantu mereka mendapatkan tawaran kerja yang lebih baik termasuk gaji yang lebih tinggi,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan