34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPM proaktif selesai isu lambakan siswazah pendidikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pihaknya sentiasa proaktif dalam menyelesaikan lambakan siswazah dalam bidang pendidikan dengan mengadakan perbincangan dan perkongsian data dengan beberapa pihak yang terlibat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa berhubung perkara itu dan satu unjuran lebih terancang sedang dilakukan.

“Perbincangan itu memang dilakukan secara progresif bukan soal surat tapi memang sudah dibuat perbincangan itu.

“Yang boleh saya kongsikan adalah bagaimana kita nak membuat tindakan yang lebih proaktif iaitu, satu perkongsian data, yang kedua unjuran lebih terancang sebab kita di KPM menguruskan graduan Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Selain itu Kementerian Pendidikan Tinggi juga mempunyai fakulti pendidikan yang lain jadi unjuran dan perkongsian data ini penting, jadi boleh saya maklumkan sangat progresif,” katanya ketika mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini.

Beliau berkata, Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri misalnya sedang bersama KPM dalam mendukung dan menyokong untuk memastikan isu graduan pendidikan serta penempatan guru tiada masalah selepas ini. – BERNAMA

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan