26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Dua siswazah USIM, 20 ahli keluarga jadi korban rejim Zionis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara yang terkorban dalam serangan rejim Zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad lalu.

Mereka yang terkorban ialah Mohammed J. H. Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM.

Kedua-dua mereka terbunuh dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira jam 8 pagi.

“USIM melahirkan rasa dukacita di atas pemergian dua orang pelajar siswazah dan lebih 20 orang ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin.

“Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq,” kata kenyataan universiti itu hari ini.

Kenyataan itu berkata, turut terkorban adalah empat orang anak mangsa, bagaimanapun seorang dilaporkan terselamat.

Advertisements

USIM yang memetik Badereddin Seyam, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia berkata, turut terkorban adalah 20 ahli keluarga mangsa dalam serangan bom oleh rejim Zionis di Gaza itu.

“Mohammed J. H. Alzaanin baharu sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai yang lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini.

“Salam Takziah daripada seluruh warga USIM moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” ujar kenyataan itu.

Jumlah kematian di Gaza sehingga kini meningkat kepada 687 orang termasuk 140 kanak-kanak, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin, pada hari Isnin.

CNN melaporkan, kementerian berkenaan memaklumkan, bilangan mangsa yang cedera telah mencapai 3,726 orang dengan 10 peratus daripadanya terdiri daripada kanak-kanak – sejak serangan Israel bermula.

Kementerian itu mendakwa pasukan Israel telah menyerang ambulans menyebabkan 11 ambulans dan sebuah lagi kenderaan perkhidmatan kesihatan yang sepenuhnya dimusnahkan dan tidak boleh digunakan selepas itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan