26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kelantan rekod isi rumah, miskin tegar tertinggi

Mesti Baca

KELANTAN merekodkan 67,772 bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar, sekali gus yang tertinggi di Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata mengikut rekod sehingga 11 September lalu, jumlah yang direkodkan bagi KIR miskin di Kelantan ialah seramai 57,355 orang.

Beliau berkata, sebanyak 10,417 jumlah KIR miskin tegar di negeri itu.

Advertisements

“Oleh itu, kita minta semua ketua jabatan dan agensi dapat sama-sama melihat perkara ini dengan serius serta mendahulukan faktor kesejahteraan rakyat dalam apa juga perancangan pembangunan projek.

“Ia adalah seiring dengan hasrat penubuhan Kerajaan Madani iaitu Menokhtahkan Kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Kelantan, hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan