27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bengkel MIV tingkat literasi digital pendidik, pelajar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGANJURAN Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) dilihat mampu meningkatkan literasi digital serta pengetahuan pendidik dan pelajar berkaitan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) secara berhemah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang juga merupakan penganjur bersama berkata, Bengkel MIV Bersama Sekolah 2023 Peringkat Negeri mendapat sambutan menggalakkan.

Katanya, Sebanyak lima sesi bengkel telah dianjurkan di Kedah, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Terengganu.

“Ia telah menarik penyertaan sebanyak 218 wakil yang terdiri daripada guru penyelaras ICT, guru pendidikan khas serta para pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Selain itu, bengkel-bengkel yang dianjurkan mendedahkan peserta tentang penggunaan ICT secara optimum. Sesi perkongsian turut menyentuh tentang kaedah melindungi diri daripada menjadi manga ancaman dalam talian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sejak 2016 hingga 2022, SKMM berjaya menganjurkan sebanyak 22 sesi Bengkel MIV Bersama Sekolah dengan penglibatan seramai 2,596 orang guru di seluruh negara.

Selain daripada sei perkongsian inisiatif SKMM iaitu Klik Dengan Bijak (KDB), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga turut terlibat sebagai rakan strategik.

SKMM berkata, ringkasan modul yang dikongsikan termasuk ‘Impak Penggunaan ICT Terhadap Kesihatan’ serta ‘Penguatkuasaan Jenayah Siber di Malaysia’.

“Ini dilihat dapat memberi pendedahan kepada guru yang terlibat dalam usaha mendepani penyalahgunaan ICT yang semakin mencabar pada masa kini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan