26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ikut ketetapan KKM, vaksin kepada remaja cukup – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pusat pemberian vaksin (PPV), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diingatkan mengikut ketetapan dalam pemberian vaksin kepada remaja sepertimana yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tiada arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berbeza diberikan dalam penetapan pemberian vaksin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Ikut kaedah dinyatakan Timbalan Menteri Kesihatan sepertimana sebelum ini,”katanya dalam sidang media KKM secara maya di sini.

Khairy berkata, ini kerana beliau menerima laporan ada pihak memberitahu ibu bapa pergi saja ke PPV (untuk terima suntikan).

Advertisements

“Tolonglah, kita mahu pemberian vaksin ini berjalan secara teratur dengan kaedah ditetapkan sepertimana yang dilaksanakan PICK sebelum ini,”katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi jaminan bekalan vaksin untuk menyuntik kira-kira seramai 3.2 juta remaja juga mencukupi.

“Ibu bapa tidak perlu risau, kita mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi. Cukup untuk 3.2 juta remaja.

“Cuma tunggu giliran saja. Ia tidak akan mengambil masa berbulan seperti sebelum ini kerana bekalan sudah ada ada,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan