25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

2,000 unit tambahan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan sedia menambah bilangan kediaman Rumah IKRAM Keluarga Malaysia kepada 2,000 unit yang akan memberi manfaat kepada 10,000 isi rumah yang memerlukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, mereka juga akan mendapat manfaat pengecualian bayaran sehingga enam bulan bermula daripada tarikh menerima kunci.

“Pengecualian bayaran sewa itu akan ditanggung oleh kerajaan dengan melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.

“Ini bagi membolehkan saudara dan saudari penerima manfaat, khususnya Ketua Isi Rumah dapat menumpukan usaha untuk merancakkan ekonomi keluarga selain meringankan beban.

“Saya memahami bahawa 1,000 unit rumah di 11 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berada di bawah kawal selia dan pengurusan Kementeri Perumahan dan Kerajaan Temparan (KPKT), tidak mencukupi untuk menjadi tempat berlindung bagi Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian.

Baca juga:   Ketepikan hal politik, perlu bersatu padu hadapi pandemik

“Ini kerana 139 projek PPR lain telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia Atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Facebook KPKT di sini.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam masa sama, Ismail Sabri turut mengumumkan khabar gembira kepada penghuni sedia ada di kawasan PPR apabila kerajaan tidak akan meminggirkan kebajikan mereka.

Baca juga:   Agong kurnia pengampunan, 13 banduan penjara seumur hidup bebas

Beliau berkata, program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“Langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 Ketua Isi Rumah atau 50,000 penghuni PPR, dengan melibatkan tanggungan kewangan Kerajaan berjumlah RM18.84 juta.

“Inilah sebahagian daripada usaha kita, inisiatif kita, ikhtiar kita untuk Keluarga Malaysia yang memerlukan,” katanya.

Baru-baru ini, KPKT memperkenalkan inisiatif Rumah IKRAM Keluarga Malaysia yang merupakan satu inisiatif yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan.

Rumah itu menjadi tempat berteduh kepada Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan, atau mungkin juga kehilangan pekerjaan.

Sebanyak 1,000 unit Rumah IKRAM disediakan sebagai permulaan di kawasan PPR di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor dengan kadar sewa minimum, iaitu RM124 sebulan selama tempoh maksimum dua tahun. – Edisi 9

Baca juga:   Sejarah tercipta, MEASAT-3d berjaya dilancarkan

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan