25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

Siap siaga kapasiti di HSM, Langkawi mula projek rintis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sedang meningkatkan kesiapsiagaan dan kapasiti untuk respon di Hospital Sultanah Maliha (HSM) bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 yang memerlukan kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu dilaksanakan susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September ini.

Menurut beliau, HSM merupakan sebuah hospital “hybrid” yang merawat pesakit COVID-19 dengan menempatkan sebanyak 79 buah katil dan bukannya COVID-19 yang memerlukan sebanyak 142 buah katil.

“Melalui penubuhan i-PKRC LISRAM pada 4 Ogos yang lalu, sebanyak 60 katil tambahan telah berjaya diwujudkan bagi merawat pesakit COVID-19 kategori satu, dua dan tiga (berisiko rendah).

“Manakala bagi ICU, sebanyak lapan buah katil tambahan telah diwujudkan sebelum ini menjadikan kapasiti katil meningkat kepada 13 buah.

“Daripada jumlah ini, sembilan buah katil adalah dikhususkan bagi merawat kes COVID-19,” katanya menerusi perkongsian hantaran di Facebook di sini.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu, jabatan-jabatan lain HSM di antaranya seperti Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Patologi dan Transfusi Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Forensik serta Unit Hemodialisis turut merancang pelan kesiapsagaan masing-masing bagi merawat kes COVID-19 yang mungkin akan bertambah.

Baca juga:   Lepasi angka 400,000 dos suntikan vaksin sehari

Katanya, melalui perbincangan yang diadakan bersama pihak HSM dan JKN Kedah, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan termasuk penetapan nilai ambang kadar kemasukan pesakit harian sebagai petanda amaran agar tindakan-tindakan proaktif tertentu diambil.

“Ini termasuk keperluan menambah bilangan katil bukan ICU dan ICU untuk kes COVID-19, mobilisasi petugas kesihatan dan aset dari daerah atau negeri lain, evakuasi pesakit melalui pengangkutan udara ke hospital rujukan lain serta penubuhan PKRC yang dikendalikan oleh pihak swasta, “katanya.

Baca juga:   Menteri agama cadang buat vlog di YouTube jawab isu semasa

Justeru, beliau berkata, KKM ingin mengingatkan kepada semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Tatkala kita cuba mengimbangi di antara nyawa dengan kelangsungan hidup dan ekonomi, marilah kita bersama-sama memastikan tiada peningkatan jangkitan virus COVID-19 di pulau percutian ini.

“Kerjasama anda semua adalah sangat diperlukan.Kita jaga kita,”katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pihak perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi...

Lagi Artikel Berkaitan