25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

17,026,781 individu lengkap vaksinasi, 72.7% populasi dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 terus meningkat dengan seramai 17,026,781 orang setakat semalam.

Jumlah itu bersamaan 72.7 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi atau 52.1 peratus populasi keseluruhan.

Manakala, seramai 21,290,857 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau bersamaan 90.9 peratus populasi dewasa (65.2 peratus populasi keseluruhan)

Sehingga 11 September, 11.59 malam, sebanyak 38,260,575 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Hanya Sabah sahaja masih merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua suntikan vaksin dibawah 50 peratus dengan sebanyak 49.4 peratus.

Ia membabitkan jumlah penerima seramai 1,362,484 orang.

Advertisements

Sungguhpun begitu, Sabah menunjukkan perkembangan positif dalam liputan kadar vaksinasi.

Sementara itu, semalam sahaja jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 258,929 dos.

Daripada jumlah itu, sebanyak 88,960 bagi dos pertama manakala sebanyak 169,969 dos kedua vaksin COVID-19.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 10,157 dos pertama dan sebanyak 32,524 dos kedua.

Sementara, Putrajaya sifar pemberian harian vaksin bagi kedua-dua dos. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan