31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Surat polis perlu bagi pelancong jalan darat ke Langkawi – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pelancong yang menggunakan jalan darat untuk ke Langkawi perlu mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi satu ciapan di laman Twitternya hari ini, Khairy berkata, surat berkenaan adalah bagi tujuan rentas negeri dan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR).

Bagaimanapun katanya, bagi pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak memerlukan surat polis untuk ke pulau berkenaan.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi: Hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR.

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” ciapnya di laman Twitter.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen menyambut baik arahan tersebut seperti ciapan balas oleh seorang pengguna dikenali sebagai @hanafiadnan1807.

Baca juga:   PM menaruh harapan tinggi ke atas Speedy Tigers

“Ya betul, tak boleh pakai kereta sendiri takut melencong ke tempat lain. Guna kenderaan disediakan agensi pelancongan berdaftar,”ciapnya.

Terdahulu, laporan media melaporkan Pulau Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara kecuali yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 16 September nanti.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun boleh dikunjungi, namun, pengunjung perlu memohon kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu untuk melancong ke Langkawi.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ahli Dewan Rakyat wajib periksa kesihatan setahun sekali – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda...

Lagi Artikel Berkaitan