24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ditahan kerana curi 3 tin susu formula bayi di Miri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mencuri tiga tin susu formula kanak-kanak dari sebuah premis di Miri Times Square, Sarawak, malam semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri di sebuah rumah di Jalan Marigold Taman Desa Senadin sekitar jam 8 malam, susulan laporan polis yang diterima berhubung kejadian.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang dan kelakuan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Suspek kelihatan berjalan memasuki premis dan terus menuju ke sudut yang menyimpan susu dan kemudiannya meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa memasuki sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut Hakemal, suspek sudah berkahwin dan mempunyai bayi dan susu yang dicurinya adalah bernilai RM294.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan