26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Selangor rekod kes di bawah 1,000 kali pertama sejak Mei

Kes harian di seluruh negara turut mencatatkan penurunan kepada 10,959 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 2,209,194 kes.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Selangor mencatatkan kes harian COVID-19 di bawah angka 1,000 buat kali pertama sejak Mei tahun ini dengan 979 kes, ketika jumlah kes harian di seluruh negara terus mencatat penurunan.

Penurunan kes yang begitu ketara di Selangor dan Lembah Klang sejak beberapa minggu ini susulan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada hampir seluruh penduduk di kawasan berkenaan.

Kali terakhir Selangor merekodkan jumlah kes di bawah 1,000 ialah pada 4 Mei dengan 948 kes manakala jumlah tertinggi yang direkodkan ialah pada 11 Ogos dengan 7,284 kes.

Sementara itu kes harian di seluruh negara turut mencatatkan penurunan kepada 10,959 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 2,209,194 kes.

Baca juga:   Banjir: 355 kawasan di Selangor belum ada elektrik

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih merekodkan jumlah kes tertinggo iaitu sebanyak 2,723 kes, diikuti Johor (1,226 kes) dan Kelantan sebanyak 983 kes.

“Selangor (979 kes), Pulau Pinang (793 kes), Sabah (751 kes), Pahang (739 kes), Perak (713 kes), Terengganu (691 kes), Kedah (660 kes), Melaka (346 kes), Kuala Lumpur (176 kes) dan Negeri Sembilan (110 kes).

“Perlis (51 kes), Putrajaya (18) dan tiada jangkitan baharu di Labuan,” menurut hantaran Facebook beliau di sini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh COVID-19 masih mengatasi kes harian dengan 16,430 kes dilaporkan.

Baca juga:   Program Khas bantu pelajar tercicir akibat pandemik Covid-19

“Manakala, jumlah kumulatif kes sembuh di seluruh negara adalah sebanyak 2,005,942 kes.

“Terdapat 980 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 579 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 205 kes (1.9 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 10,754 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada sembilan kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti serta dua kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.-Edisi 9

Baca juga:   6,060 kes baharu harian COVID-19 dilaporkan

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan