27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Suami lengkap vaksin dibenar temani isteri bersalin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Berita baik bagi suami dan bakal bapa apabila akan berpeluang menemani isteri di bilik bersalin hospital bagi menerima kelahiran, dengan mengikut prosedur norma baharu.

Perkara itu dimaklum oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter beliau.

Katanya, beliau telah minta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian COVID-19 dan negatif untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin.

“Saya sudah minta Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalani ujian saringan COVID dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam wad bersalin,” kata beliau dalam ciapannya hari ini

Terdahulu, Khairy membalas ciapan Twitter daripada Amorn Blaine yang mohon Menteri Kesihatan itu memperhalusi kebenaran bagi suami yang telah lengkap divaksin menemani isteri di bilik bersalin.

Advertisements

Sementara itu, Dr Noor Hisham yang membalas ciapan Khairy berkata, arahan akan dikeluarkan bagi membenarkan suami yang lengkap divaksin dan bebas COVID-19 menemani isteri dalam wad bersalin.

“Ya, saya akan laksanakan apa yang diperlukan,” katanya.

Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri di dalam dewan bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu akibat penularan COVID-19.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan