27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Cipta peluang pekerjaan, pulih kedudukan kewangan rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan perlu segera mencari jalan penyelesaian bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat bagi memulihkan kedudukan kewangan mereka.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, kerajaan tiada pilihan lain untuk menangani isu kemerosotan kewangan dan pendapatan rakyat, melainkan menyelesaikan masalah kekurangan peluang pekerjaan ketika ini.

Katanya, selagi pasaran pekerjaan hambar dan pengangguran berlaku melibatkan 700,000 hingga 1 juta orang, selagi itu negara terperangkap dengan masalah ini.

“Sama ada skim Job Bank atau apa sahaja usaha lain, saya berpandangan jawapannya ialah jobs, jobs, jobs.

“Bila rakyat mampu kembali meraih pendapatan bulanan, terutamanya pada kadar yang sepatutnya, barulah kita benar-benar sudah ke arah jalan pemulihan.

“Moratorium, i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sekalipun tidak akan dan tidak cukup mampu menyelamatkan keadaan untuk tempoh lama lagi.

“Ia sesuai untuk suatu tempoh sebagai ‘penampal luka’, tetapi tidak merawat dengan menyeluruh, tidak seperti peluang bekerja. Apabila bekerja, secara keseluruhannya kita mengeluarkan output untuk ekonomi (supply side) dan meraih pendapatan (demand side),” katanya di sini.

Shahril berkata, cabaran jangka pendek yang turut ditangani kerajaan adalah bagaimana hendak memulihkan kedudukan kewangan rakyat kebanyakan dan bukan tertumpu kepada golongan B40 saja manakala cabaran jangka panjang ialah menangani isu tahap wang simpanan rakyat yang kritikal.

“Data terkini dari KWSP mengesahkan jumlah simpanan pencarum KWSP berada di tahap kritikal. 46 peratus pencarum mempunyai kurang RM10,000 dan daripada jumlah itu hampir 40 peratus ada kurang RM1,000.

“Sebelum program pengeluaran simpanan KWSP akibat COVID-19 pun, tahap simpanan rakyat di tahap rendah. Apatah lagi selepas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra (diluluskan). Cabaran berbeza akan memerlukan penyelesaian berbeza,” katanya.

Beliau turut mencadangkan skim pencen sosial, selain caruman KWSP dan bayaran pencen kepada pesara di bawah sesuatu tahap pendapatan, boleh diberi bantuan kewangan bulanan.

“Saya tidak menolak kebarangkalian rasionalisasi program subsidi kerajaan disamping perubahan rejim percukaian perlu dipertimbangkan bagi memudahkan ‘skim pencen sosial dana bercukai’ ini berlaku.

“Mungkin ada juga pilihan untuk kerajaan selepas ini menyumbang kepada caruman selain menerusi caruman dari pekerja dan majikan, walaupun tidak dengan nisbah 1:1 dan ia tidak selama-lamanya dilaksanakan.

“Perubahan pendekatan ini sesuai dengan matlamat peralihan ke fasa endemik, sekali gus membantu jutaan rakyat yang pendapatan dan simpanan mereka menguncup dengan begitu mendadak,” katanya.

Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, pula berpendapat bahawa rakyat kini lebih memerlukan peluang pekerjaan dan pinjaman mudah RM 5,000 ribu ke RM 20,000 yang dijamin kerajaan tanpa faedah atau satu hingga dua peratus.

“Ini bagi memulakan perniagaan atau menggunakan dana tersebut sementara mencari pekerjaan baru (yang telah diberhentikan kerja) bagi membantu rakyat.

“Mereka tidak perlu mencari masalah tambahan dengan membuat pinjaman peminjam wang dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga perlu membantu rakyat seberapa segera yang boleh demi kelangsungan hidup mereka di saat endemik kini.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan