32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Sasaran 80% vaksinasi populasi dewasa dijangka dicapai Isnin ini

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia semakin menghampiri sasaran vaksinasi 80 peratus populasi dewasa ketika hampir 18.13 juta atau 77.5 peratus individu dalam kumpulan itu sudah menerima vaksin lengkap, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut data dikeluarkan KKM di laman web Covidnow, sebanyak 238,002 dos vaksin diberikan semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan 75,986 orang menerima suntikan pertama dan 162,016 mendapat suntikan kedua.

Ia menjadikan jumlah dos vaksin diberikan di bawah program ini kepada 39,923,416, jauh lebih daripadanya yang dijangkakan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan menjangkakan 80 peratus populasi dewasa akan diberi vaksin pada akhir Oktober dan ketika itu Covid-19 akan menjadi endemik.

Namun, menurut unjuran CovidNow dijangka 80 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa dapat dicapai dalam masa tiga hari lagi — hampir sebulan lebih awal daripada dijadualkan, sementara kadar vaksinasi 100 peratus bakal dicapai pada awal November.

Baca juga:   14,648,590 individu lengkap dos kedua, 62.6% populasi dewasa

Lembah Klang, yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, mendahului kadar vaksinasi dengan 105.6 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi.

Peratusannya melebihi 100 peratus kerana statistik populasi dari Jabatan Perangkaan tidak mengambil kira perubahan ukuran penduduk sejak bancian terakhir dan penduduk tiada dokumen.

Sabah mempunyai peratusan orang dewasa yang divaksinasi lengkap terendah iaitu 53.7 peratus. Bagaimanapun, angka itu menunjukkan peningkatan setiap hari.

Baca juga:   Covid-19: Kes baharu turun lagi, sembuh tertinggi, 82 kematian

Secara keseluruhan, 66.9 peratus populasi, termasuk remaja berusia 12-17 tahun, mempunyai sekurang-kurangnya satu dos dan 55.5 peratus diberi vaksin penuh.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah dimulakan ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada April lalu yang kemudian dipertingkat dari masa ke semasa.

Kejayaan program vaksinasi dapat dilihat apabila Labuan menjadi negeri pertama mencapai tahap imuniti kelompok pada awal bulan lalu.

Kini beberapa negeri turut mencatat penurunan kes seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi antaranya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Lembah Klang yang pernah mencapai lebih 7,000 kes sehari pada bulan lalu, kini mula menurun sehingga di bawah 2,000 kes dan majoritinya adalah pesakit kategori 1 dan 2. – Edisi 9

Baca juga:   Aktiviti tidak perlu sektor pembuatan, pembinaan dibenar operasi

Terkini

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru...

Lagi Artikel Berkaitan