25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penduduk nampak beberapa rumah jatuh dari tebing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Penduduk di Kemensah Height, dekat Ampang, Kuala Lumpur semalam menyatakan ternampak beberapa rumah jatuh dari tebing dalam tragedi tanah runtuh di lokasi berkenaan malam semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Nurhafizah Zolkifli, 28, berkata, dia merasai gegaran kuat dan segera melihat kawasan belakang rumah serta mendapati banyak ranting pokok jatuh menimpa tingkap rumahnya pada 9.30 malam.

“Ibu bapa saya segera memanggil bomba dan terus mengambil anak saya untuk menyelamatkan diri.

“Selain itu, saya dapat lihat beberapa rumah jatuh dari tebing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.33 malam.

Menurutnya, seramai lima anggota menaiki sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Anggota yang tiba jam 9.44 malam mendapati berlaku tanah runtuh yang menjejaskan bahagian belakang rumah terbabit.

“Kita berjaya mengeluarkan semua mangsa yang kemudian ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku kerana hujan dan struktur tanah lembut. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam kejadian berkenaan sebanyak 19 rumah teres dua tingkat didiami 28 keluarga terjejas dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan