30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Lima negeri catat vaksinasi lebih 100 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lima negeri menunjukkan kadar vaksinasi Covid-19 melebihi 100 peratus bagi anggaran penduduk berusia 18 tahun ke atas.

Negeri-negeri terbabit ialah Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Labuan.

Memetik laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), setakat 11.59 malam tadi, Lembah Klang telah mencatatkan 114.6 peratus bersamaan 7,065,745 individu yang menerima dos pertama vaksin.

Manakala seramai 6,508,038 individu lagi telah menerima dos kedua iaitu bersamaan 105.6 peratus.

Dua negeri lagi iaitu Labuan mencatatkan sebanyak seramai 73,873 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin bersamaan 104.2 peratus, manakala, individu yang telah lengkap divaksin adalah seramai 66,984 individu bersamaan 97.7 peratus.

Bagi Negeri Sembilan pula, seramai 821,940 individu menerima satu dos vaksin bersamaan 100.9 peratus, manakala, dos kedua pula seramai 751,806 individu bersamaan 92.3 peratus telah menerimanya.

Baca juga:   Inisiatif dan inovasi guru akan diperluaskan - Dr Radzi

Sesetengah tempat menunjukkan kadar vaksinasi Covid-19 melebihi 100 peratus kerana menggunakan statistik daripada bancian penduduk yang lama, kata Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, senario berkenaan adalah disebabkan beberapa faktor iaitu pertama warga asing yang tidak memiliki dokumen dan penghijrahan penduduk di sesuatu kawasan.

Bagaimanapun beliau menyatakan keyakinan, bekalan vaksin adalah mencukupi untuk menampung penduduk yang di bawah anggaran.

Sementara itu, dalam data JKJAV lima negeri masih mencatatkan peratusan individu berusia 18 tahun ke atas di bawah paras 60 peratus iaitu negeri Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan terendah sekali ialah Sabah dengan kadar sekitar 53.7 peratus iaitu bersamaan 1,481,970 individu telah menerima dua dos vaksin.

Baca juga:   Lebih 40 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat

Sehingga semalam, sebanyak 39,923,416 dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan dan kadar vaksinasi harian mencecah sebanyak 238,002 dos iaitu 75,986 dos bagi dos pertama dan 162,016 bagi dos kedua.

Melalui dapatan berkenaan, peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia adalah sebanyak 77.5 peratus iaitu bersamaan 18,135,561 individu.

-EDISI9

Terkini

Hantaran “lawak” IPD puji orang Kemaman bantu tangkap tokan

TAMPIL dengan hantaran media sosial secara bersahaja dan menghiburkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman memuji tindakan orang awam...

Lagi Artikel Berkaitan