25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

GKP 4.0 mula dibayar secara berperingkat Selasa ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan mula dikreditkan secara berperingkat kepada hampir 1 juta penerima bermula Selasa ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM1,000 akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang didaftarkan dalam sistem GKP secara berperingkat membabitkan pembayaran pertama 21 September dan bayaran kedua pada November ini.

Menurutnya, jumlah penerima berkenaan adalah melibatkan penerima sedia ada GKP 1, 2, 3 dan penerima baharu GKP 4.0.

“Pemberian GKP 4.0 ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta. Secara keseluruhannya bantuan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di bawah GKP ini sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

“Bantuan tidak akan berhenti di sini… Insya Allah, kerajaan akan komited membantu perniagaan dengan meneruskan agenda pemulihan sektor ekonomi melalui pelbagai insentif dan sokongan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, penerima boleh membuat semakan status kelulusan GKP 4.0 mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my. 

Beliau juga mengulang kembali permintaannya kepada institusi kewangan pembangunan (DFI) agar memainkan peranan untuk membantu memulihkan perniagaan terutamanya bagi PKS Mikro.

Baca juga:   2,712 pesakit 'Long COVID' dilapor selepas jangkitan

“Saya yakin usaha pelbagai pihak ini selari dengan semangat #keluargaMalaysia untuk membantu perniagaan kembali pulih.

Baca juga:   Rasuah: Ahli Parlimen akan didakwa esok - SPRM

Sementara itu, Zafrul turut menyatakan peniaga boleh mengetahui mengenai sokongan dan bantuan yang telah diberikan kerajaan kepada sektor perniagaan di portal kewanganrakyat.com ataupun manfaat lain yang masih lagi ada untuk perniagaan di portal belanjawan2021.

“Teruslah mematuhi prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan dan pastikan pekerja serta perlanggan anda sentiasa selamat.

-EDISI9

Terkini

Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pihak perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi...

Lagi Artikel Berkaitan