34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Geran Khas Prihatin berjumlah RM1.5 bilion mula dibayar Khamis

Mesti Baca

CYBERJAYA –  Hampir 1 juta PKS mikro melibatkan penerima sedia ada Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan GKP 2.0 serta PKS mikro yang baharu lulus GKP 3.0 akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 mulai Khamis ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran secara berperingkat melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM1 bilion itu akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

Beliau berkata, semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

“Bayaran tambahan sebanyak RM500, melibatkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai 2021 menjadikan jumlah keseluruhan di bawah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara. 

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini,” katanya

Beliau menjelaskan, di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan pada 17 Mac 2021, kerajaan telah memutuskan pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih 1 juta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing. 

Katanya, pada 31 Mei 2021, melalui program Pemerkasa +, kerajaan telah mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro. Ini bermakna, jumlah bayaran GKP 3.0 adalah sebanyak RM1.5 bilion. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan