32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

RMK-12: Projek Identiti Digital Nasional sedang dilaksanakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Projek pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) sedang dilaksanakan bagi mewujudkan platform pengesahan identiti serta perakuan elektronik yang selamat dan dipercayai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk Malaysia menjadi negara berpendapatan dan berteknologi tinggi, tiada pilihan selain menerima guna teknologi baharu dan berusaha mencipta serta membangunkan teknologi sendiri.

“Kita juga perlu memastikan infrastruktur diperkukuh dan bakat masa hadapan dibangunkan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi,” katanya semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen hari ini.

Ismail Sabri berkata, langkah mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi akan ditumpukan kepada pendigitalan dan teknologi termaju, termasuk teknologi 4IR.

Menurutnya, pada awal tahun ini, Kerajaan telah melancarkan agenda MyDIGITAL dan diikuti dengan Dasar 4IR Negara.

“Perancangan dasar, pelaksanaan serta pemantauan inisiatif 4IR dan pendigitalan negara diselaraskan melalui Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara.

“Perancangan dasar, pelaksanaan serta pemantauan inisiatif 4IR dan pendigitalan negara diselaraskan melalui Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara.

“Kerajaan menerajui agenda ini melalui inisiatif pendigitalan sektor awam dan transformasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Penyediaan infrastruktur digital melibatkan pelaburan sektor awam dan swasta, bernilai RM28 bilion bagi menambah baik rangkaian 4G sedia ada. Bagi mempercepat pelaksanaan 5G di seluruh negara, sebanyak RM15 bilion lagi akan dilabur oleh sektor swasta,” katanya.

Menurutnya, sejajar dengan perkembangan teknologi serta inovasi, usaha untuk melahirkan pembangun dan pencipta teknologi tempatan akan dipergiat bagi menjana kekayaan dan pertumbuhan ekonomi.

Advertisements

“Bagi tujuan ini, semua aktiviti pembangunan dan penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) akan dijajarkan dengan keutamaan negara.

“Sebanyak 50 peratus daripada dana penyelidikan Kerajaan akan disediakan untuk penyelidikan eksperimental yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Sehubungan itu menurutnya, kerajaan telah meluluskan penubuhan pusat sehenti bagi pengkomersialan dan pemindahan teknologi serta Program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI).

“Bagi menyelaras aktiviti R&D&C&I dan memastikan ianya bersesuaian dengan keutamaan nasional, Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) telah ditubuhkan.

“Peranan RMU adalah untuk mengurangkan pertindihan fungsi, memperkukuh kerjasama antara pihak industri, akademia dan kerajaan dalam pelbagai bidang, serta meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber sedia ada.

Selain itu menurutnya, sumber pembiayaan alternatif termasuk modal teroka, pembiayaan antarabangsa dan dana endowmen akan dipertingkat.

“Pada tahun 2025, peratusan perbelanjaan kasar R&D kepada KDNK dijangka mencapai 2.5 peratus, berbanding 1.0 peratus sahaja pada tahun 2020.

“Sektor swasta disasarkan menyumbang lebih besar dengan peningkatan dua kali ganda, iaitu mencapai 70 peratus kepada jumlah perbelanjaan R&D,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan