25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 19, 2022

Pindaan perlembagaan Undi 18 dalam tempoh terdekat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan akan memastikan pindaan perlembagaan yang membolehkan warganegara berumur 18 tahun dapat mengundi akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyedari anak muda hari ini sentiasa ingin menyuarakan hasrat dan pandangan mereka untuk bersama-sama membangunkan negara melalui amalan demokrasi.

“Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan akan memastikan pindaan perlembagaan yang membolehkan warganegara berumur 18 tahun dapat mengundi (Undi18) dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau juga beriltizam untuk menjadikan Kerajaan ini sebuah Kerajaan berprestasi tinggi yang memenuhi harapan rakyat.

Menurutnya, hal berkenaan adalah selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 September lalu supaya terus mendokong pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi untuk menjadikan Malaysia negara yang bebas rasuah.

Baca juga:   Ketegasan Ismail Sabri, rakan halang Kerajaan PN tumbang

“Dengan ini, saya memberi jaminan bahawa semua strategi dan inisiatif di bawah RMK-12 ini akan dilaksanakan secara tersusun dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

“Indeks Tadbir Urus Malaysia akan diperkenalkan bagi mengukur prestasi tadbir urus jentera Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Menurutnya, bagi tujuan itu, Pelan Pelaksanaan Dasar RMK-12 disediakan sebagai panduan kepada kementerian dan agensi dalam meneraju dan melaksana semua dasar berkenaan.

“Saya meletakkan tanggungjawab kepada semua Menteri dan kementerian untuk bersama-sama saya melaksana dan memantau pencapaian sasaran RMK-12.

Baca juga:   MED4IRN mahu mengarus perdanakan teknologi robotik

-EDISI9

Terkini

Ustaz Kazim mohon bantuan cari penawar

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati...

Lagi Artikel Berkaitan