32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Penekanan pembangunan luar bandar dalam RMK-12 tepat

Ini termasuk merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan menaik taraf Pusat Internet Desa serta Pusat Komuniti Desa sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia.

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan memberi penekanan terhadap pembangunan luar bandar yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) amat bersesuaian dengan falsafah Keluarga Malaysia.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tumpuan terhadap kawasan luar bandar itu juga disifatkan tepat pada masanya untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai soal luar bandar, saya ingin menyatakan bahawa Perdana Menteri membuat pembentangan yang sangat komprehensif untuk RMK-12.

“Dalam pembentangannya, beliau memberi keutamaan berkaitan pembangunan luar bandar seperti pendigitalan, peluang pekerjaan dan perubahan iklim,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahdzir berkata, antara yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan menaik taraf Pusat Internet Desa serta Pusat Komuniti Desa sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia.

Baca juga:   Berikut soalan-soalan lazim berkaitan HIDE

Menerusinya, ia membolehkan pelbagai latihan kemahiran dapat dilaksanakan selain memperkenalkan perkhidmatan e-dagang di kawasan luar bandar.

“Saya amat mengalu-alukan program ini kerana kita tahu tidak semua tempat mempunyai capaian internet berkelajuan 100 megabait sesaat (Mbps).

“Kebanyakan kawasan di kampung berada pada paras 20 hingga 30 Mbps sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan untuk memastikan semua peruntukan sampai kepada kumpulan sasar, perkara itu katanya antara yang akan diberi keutamaan.

Baca juga:   DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR seluruh negara

“Kita perlu ada taskforce yang mencukupi untuk bergerak. Kita ambil projek bekalan air luar bandar sebagai contoh, jika melalui proses normal, mungkin akan lambat (pelaksanaan projek).

“Sebab itu kerajaan Pusat perlu juga berunding dengan kerajaan negeri kerana ada projek tertentu yang diluluskan di peringkat kerajaan negeri. Ini bermakna kerajaan negeri pun kena bantu untuk memastikan projek terbabit berjalan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru...

Lagi Artikel Berkaitan