29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 3, 2022

RMK-12: 500,000 rumah mampu milik akan dibina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 500,000 unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selaras dengan Dasar Perumahan Negara, Kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti, dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu, Kerajaan telah membina lebih daripada 282,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh RMK-11.

“Sebanyak 500,000 unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam RMKe-12 bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.

“Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Sewa Milik, akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran,” katanya semasa membentangkan RMK-12 di Bangunan Parlimen hari ini.

Baca juga:   Jangan buat spekulasi kematian Dr Chai - Noor Hisham

Ismail Sabri berkata, bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion dalam tempoh RMK-12.

Menurutnya, peruntukan berkenaan adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.

“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

Baca juga:   Penekanan pembangunan luar bandar dalam RMK-12 tepat

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Jawatan TPM bukan kemenangan, tetapi permulaan cabaran

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan suatu...

Lagi Artikel Berkaitan