31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Projek rintis gelang peranti digital, jalani kuarantin di rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan projek rintis pemakaian gelang peranti digital bagi memantau 404 individu yang menjalani kuarantin di rumah.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sekiranya projek rintis ini berjaya dan ada ketepatan digital kuarantin yang dilaksanakan itu, pihaknya akan membuka kepada orang ramai.

Dalam masa sama beliau menafikan, tidak semua permohonan kuarantin di rumah diluluskan kepada pemohon yang baharu tiba di Malaysia.

Sebaliknya, katanya, KKM masih membuat penilaian ketat ke atas semua permohonan yang diterima daripada pemohon.

“Ini tidak betul, sejak 10 Ogos, sebanyak 20,000 permohonan diterima daripada individu yang tiba ke Malaysia untuk menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun kita hanya meluluskan sejumlah 4,159 permohonan sahaja.

“Ini hasil daripada penilaian ketat yang dilakukan melihat kepada vaksinasi, sejarah perjalanan dan keadaan rumah mereka. Dalam hal ini, penilaian ketat diambil dan selebihnya diarahkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan,” katanya dalam sidang media di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Khairy, untuk beralih ke fasa endemik, penting untuk mengambil tanggungajawab kendiri dengan kuarantin dirumah jika bergejala.

“Kalau sekiranya tidak dapat patuhi syarat kuarantin dirumah dan kawalan kendiri, kita  tidak dapat hidup dengan virus ini dengan selamat,”k atanya.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan, usaha KKM ketika ini adalah mengurangkan jumlah Brought In-Death (BID), di mana perlu diberi fokus segera.

“Selain perlu melalui ujian dan vaksinasi yang perlu diberi kepada semua pihak antara perkara lain adalah kawalan kendiri.

“Kita dapati sebahagian daripada mereka yang dilapor BID, adalah mereka daripada awalnya berada dalam kategori satu, dua namun dalam tempoh singkat boleh memasuk kategori lima.

“Sebab itu saya ingin umumkan bahawa kawalan kendiri perlu dilaksana dengan menjalani pemeriksaan segera sekiranya mengalami kemerosotan gejala seperti demam berpanjangan, kesukaran bernafas, batuk, muntah dan cirit semakin teruk dan ketepuan oksigen kurang daripada 95 peratus, perlulah hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau 999 dengan kadar segera,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan