26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

PM seru Keluarga Malaysia bugarkan semangat perpaduan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru seluruh Keluarga Malaysia agar membulatkan tekad, memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan.

Menurut Perdana Menteri, seluruh rakyat tanpa mengira mereka berada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak perlu bersatu hati sebagai satu keluarga yang berjaya dan dihormati.

Beliau berkata, biarpun terpisah oleh Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak telah membina satu negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta semangat harmoni dalam kalangan Keluarga Malaysia yang tinggal di dalamnya.

“Hari ini, Keluarga Malaysia ini diwarnai dengan warna-warni yang disatukan, dengan penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi,” katanya sempena sambutan Hari Malaysia yang diraikan di seluruh negara hari ini.

Ismail Sabri berkata, kisah perjalanan Malaysia yang tercinta penuh dengan lembaran yang berwarna-warni.

Beliau berkata, terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai negara Malaysia, adalah hasil kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lalu dan terbentuk Malaysia enam tahun kemudian bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta.

Baca juga:   215 Orang Asli Mersing ambil suntikan vaksin

“Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963, masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan Negara,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan