25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 20, 2021

422 kes kematian direkodkan 24 jam semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 422 kes kematian direkodkan sepanjang tempoh 24 jam semalam.

Data tersebut dipaparkan pada laman web COVIDNOW.

Mengikut data yang dikemas kini sehingga 11.59 malam tadi, terdapat lima kes kematian sebenar dilaporkan sehingga semalam manakala, sebanyak 107 kes kematian sebenar bagi purata tujuh hari.

“Kes kematian tersebut menjadikan jumlah terkini kematian COVID -19 mencecah 22,009 kes.

“Terdapat 92 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah terkini kes BID di seluruh negara sebanyak 4,158 kes,” katanya di sini hari ini.

Daripada jumlah 422 kes kematian tersebut terdiri Selangor dengan 116 kes, Kedah (79), Sabah (71), Johor (46), Pulau Pinang (37), Perak (21), Kelantan (16), Kuala Lumpur (11), Pahang (10), Sarawak (5), Terengganu (4), Perlis (4) dan Melaka (2).

Selain itu, tiada kematian dicatatkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Baca juga:   Polis rujuk kes anak pelakon tolak vaksin kepada KKM

“Sebanyak 225,590 kes aktif melibatkan 186,773 kes dikuarantin di rumah, 25,283 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 12,254 kes di hospital, 642 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 638 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” ujarnya.-Edisi 9

Terkini

PN juga belum putuskan kerjasama dengan UMNO, BN

PERIKATAN Nasional (PN) belum membuat keputusan berhubung bentuk kerjasama dengan rakan politik lin termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN)...

Lagi Artikel Berkaitan