29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

16 September titik permulaan kerjasama erat #KeluargaMalaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Masyarakat disaran untuk bersama-sama menjadikan tarikh 16 September ini sebagai pemangkin dan titik permulaan bagi kerjasama lebih erat sebagai satu #KeluargaMalaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerjasama berkenaan adalah bagi membantu proses pemulihan negara baik dalam aspek ekonomi mahupun sosial.

Menurutnya, pupuk dan semaikan semangat cintakan negara dalam diri setiap daripada kita.

“Wujudkanlah Malaysia yang prihatin, Malaysia yang cekal, Malaysia yang gagah.

“Saya ingin menyeru semua anak-anak Malaysia untuk terus menggembleng usaha, membulat tekad dan bersatu hati untuk menyumbang sehabis baik agar Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya menerusi di Facebook hari ini.

Muhyiddin menasihatkan supaya semua masyarakat berikrarlah pada diri sendiri, bahawa akan melakukan yang terbaik untuk Malaysia walau betapa getir cabaran yang kita tempuhi ketika pandemik ini.

“Jangan kita sesakali berputus asa kerana usaha kita bersama setakat ini sudah mula membuahkan hasil dan menunjukkan kejayaan.

“Marilah bersama-sama melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan bahawa hari-hari yang mendatang adalah lebih baik untuk Malaysia yang kita cintai ini, InsyaAllah. Selamat Hari Malaysia!

Sementara itu, bekas Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyatakan kisah erjalanan Malaysia ini penuh peristiwa dan banyak kenangan juga.

“Tahun-tahun yang datang dan berlalu pergi bermula dari 16 September 1963, Malaysia boleh dikatakan negara yang telah melalui banyak perubahan.

“Daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, kita kemudiannya muncul sebagai negara perindustrian moden dan kini pula sektor perkhidmatan berkemahiran dan industri berteknologi tinggi menjadi tunjang ekonomi Malaysia,” katanya.

Menurutnya, Malaysia juga telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.

“Dengan kejadian ancaman terhadap demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, rusuhan kaum, dan yang membawa kesan besar terhadap kehidupan harian rakyat seperti kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan.

“Namun demikian, jelas sekali kita berjaya menangani setiap satunya dengan berjaya. Malah, setiap langkah yang kita ambil tahun demi tahun membawa kepada kemakmuran dan pembangunan Malaysia. Dari Perlis ke Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun menurut Najib, perancangan hanya sia-sia jika sekadar di mulut atau atas kertas, tidak jelas, tidak teratur.

“Perancangan hanya mempertaruhkan rakyat dan negara jika dianggap bukan janji. Perancangan hanya janji kosong jika tidak ada pelaksanaan. Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membuahkan hasil untuk rakyat,” katanya.

Menurutnya, kita sudah kehilangan banyak masa yang berharga dalam beberapa tahun ini.

“Bermula dengan janji-janji kosong, diikuti perancangan yang tidak berkesan, dan akhirnya kegagalan dalam pelaksanaan.

“Kita perlu segera kembali kepada landasan pembangunan yang tepat dan berpaksikan rakyat,” tegasnya.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah untuk Semenanjung Malaysia, untuk Sarawak, untuk Sabah, untuk Malaysia, untuk anak-anak kita, generasi seterusnya. Rancangan perlu dilaksanakan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan