28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR bermula Selasa ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat bermula 28 September iaitu Selasa ini dan dijangka selesai pada 30 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

Menurutnya, pembayaran berkenaan akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

“Bagi Fasa 3, setiap penerima bakal menerima sehingga RM1,400 manakala penerima bayaran rayuan BPR pula sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima.

“Namun, bayaran tambahan tersebut mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembayaran Fasa 3 itu adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

Advertisements

Menurutnya, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.

“Selain itu, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) turut akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula Oktober hingga Disember 2021.

“Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Maklumat lanjut berhubung BPR boleh didapati di portal rasmi BPR, www.bpr.hasil.gov.my.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan