34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Najib jumpa Ismail Sabri bincang isu semasa

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di sini.

Menurut Ismail Sabri pertemuan dengan Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri itu bagi membincangkan mengenai cabaran ekonomi dalam dan luar negara, termasuk isu semasa berkaitan COVID-19.

“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik COVID-19,” ujarnya menerusi muat naik status di Facebooknya.

Antara lain, Ismail Sabri berkata, Najib turut komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta.

Sementara itu Najib pula berkata, pada pertemuan tersebut beliau menyampaikan bahawa negara masih berada dalam krisis dan akan berdepan cabaran lebih besar segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.

Advertisements

“Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018.

“Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita. Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing.

“Secara umumnya, itulah yang saya sampaikan kepada semua yang sudi mendengar dan menerima pandangan,” katanya sebagai maklum balas hantaran Ismail Sabri dalam Facebooknya.

Sebelum itu ramai pengikut Facebooknya mempersoal sikap Najib tidak lagi lantang mengkritik kerajaan dan menyalurkan ‘suara rakyat’ sepertimana dilakukan ketika kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah ada yang beranggapan beliau tidak lagi berminat untuk menyuarakan kritikan setelah berjaya membuatkan Muhyiddin meletakkan jawatan dan menaikkan pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri.

Menjawab tuduhan tersebut, Najib berkata: “Prinsip dan pendirian saya jelas. Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong. Face to face, atau kat media sosial,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan