25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Masih cuti sakit, bicara kes rasuah Ahmad Zahid ditangguh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Prosiding kes 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis, dilapangkan kerana bekas Timbalan Perdana Menteri masih dalam cuti sakit.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perkara itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Menurutnya, mahkamah menerima permohonan untuk menangguhkan perbicaraan daripada pihak pembelaan pada 23 Ogos lalu berserta sijil cuti sakit.

Beliau berkata, ia turut disertakan dengan pengesahan daripada doktor pakar dari Avisena Specialist Hospital, Shah Alam, Dr Mohd Shahir Anuar, ketika prosiding kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, minggu lalu.

“Isu sama ada klinik swasta atau kerajaan, terjawab apabila doktor pakar itu hadir di mahkamah dan mahkamah dapati bahawa isu kesihatan yang dikemukakan disahkan doktor itu sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, berasaskan kandungan sijil kesihatan secara prima fasie, menunjukkan bahawa tertuduh tidak layak untuk hadir prosiding sehingga 4 September.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan diteruskan pada 28 September, 22 Oktober, 18 dan 19 November serta 20 hingga 24 Disember depan.

Baca juga:   Elak kecacatan kekal, diskriminasi akibat kusta - Khairy

Dalam pada itu, Mohd Yazid mengingatkan bahawa, tarikh yang telah dikemukakan adalah tarikh yang dipersetujui oleh kesemua pihak.

Baca juga:   "Rasuah RM1 sekalipun dosanya tetap sama” – Asyraf Wajdi

“Pastikan, pada tarikh itu kes berjalan seperti biasa dan mana-mana penangguhan adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, semasa prosiding, peguam, Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, Dr Mohd Shahir menyatakan bahawa Ahmad Zahid memerlukan masa antara empat hingga enam minggu untuk berehat.

Namun selepas perbincangan katanya, tempoh diberi adalah dua minggu dan Ahmad Zahid perlu hadir di mahkamah pada 6 September ini.

“Ahmad Zahid dimasukkan ke hospital dan beliau menerima cuti sakit bertarikh 26 Ogos sehingga 4 September ini.

“Namun anak guam saya hadir hari ini atas inisiatif sendiri, sekali gus menunjukkan bahawa beliau komited berhubung isu kehadiran dan tidak mengetepikan mahkamah,” katanya.

Justeru itu beliau berkata, pihak pembelaan memohon kepada mahkamah agar perbicaraan kes dilapangkan dan memohon tarikh baharu untuk prosiding kes.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pihak pendakwaan bersedia untuk meneruskan perbicaraan dengan saksi-saksi sedia ada.

“Selain itu, pihak pendakwaan berharap agar surat sijil cuti sakit dikeluarkan oleh hospital atau klinik kerajaan sahaja.

“Sebagaimana sedia maklum, sijil cuti sakit daripada hospital swasta tidak boleh digunakan untuk prosiding mahkamah,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Baca juga:   Rasuah: Ahli Parlimen akan didakwa esok - SPRM
Baca juga:   470 pelatih PDRM jalani ujian tahap bacaan al-Quran, solat

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

-EDISI9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan