29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Laman web baharu COVIDNOW, data lebih telus dan tepat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan melancarkan laman web baharu, COVIDNOW yang mengandungi pelaporan data lebih telus dan tepat setiap hari mengenai COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, laman web itu boleh dilayari mulai pukul 6 petang hari ini menerusi covidnow.moh.gov.my

“Ini hasil daripada persetujuan KKM untuk pastikan data dan maklumat COVID-19 dapat diakses semua pihak,”katanya dalam sidang media KKM secara maya di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abadullah.

Menurut beliau, data harian terkini berhubung COVID-19 akan mula disiarkan selepas pukul 12 malam setiap hari.

Bagaimanapun, Khairy berkata, KKM sebelum ini telahpun memuat naik data dan ditambah baik dari semasa ke semasa, begitu juga data vaksinasi yang dimuatnaik, dan Malaysia antara negara berkongsi data secara terbuka.

“Menarik perhatian kepada laporan harian KKM, apa yang penting data kes secara telus dan indikator kes boleh didapati di laman web terbabit.  

“Sebagai contoh, pembaharuan yang dibuat dan ditambah baik daripada set data tersedia merangkumi, perincian kes baharu beserta status vaksinasi dan jenis vaksin.

“Kedua, perincian kes kematian beserta status vaksinasi dan jenis vaksin; ketiga, kapasiti katil, alat bantuan pernafasan dan Unit Rawatan Rapi (ICU) mengikut jenis hospital (awam dan swasta) di setiap negeri serta data kesan buru (AEFI) mengikut jenis vaksin.

“Dengan ini, ia akan menjadi sumber utama daripada KKM dan saya berharap dengan pengumuman ini dan perkongsian data lebih menyeluruh serta terperinci, kita akan dapat sama-sama melaksanakan langkah-langkah serta mendapat gambaran yang sebenar tentang jangkitan COVID-19,”katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM sedar untuk memastikan penglibatan yang menyeluruh masyarakat termasuklah ahli akademik dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus adalah dengan menyediakan data dan maklumat terperinci mengenai situasi semasa jangkitan virus di negara.

“Penglibatan menyeluruh dan pemahaman yang betul situasi semasa amatlah penting dalam proses pengalihan ke fasa endemik agar ianya nanti dapat dilakukan dengan lancar dan selamat.

“Sekalipun dapat kawal pandemik ini menerusi kadar vaksinasi, namun kita perlu menerima kenyataan akan tiba masanya fasa endemik, dan kita hidup dangan virus,” katanya.

Jelasnya lagi, dengan adanya laman web ini ia diharap dapat mudah difahami, mudah diakses umum selain masyarakat mempunyai pemahaman dan kesedaran berkenaan situasi jangkitan virus COVID-19.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan