36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Najib, Rosmah dibenar periksa 11,991 barang kemas disita

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh akan memeriksa 11,991 unit barang kemas yang disita polis dan kini disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM), bulan depan.

Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018.

Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata, pihak-pihak terlibat bersetuju untuk memeriksa barang kemas itu bermula 25 Oktoberhingga 5 November ini.

“Pemeriksaan akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) BNM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan COVID-19,” katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini.

Pemeriksaan barang kes tersebut yang kini disimpan dalam lebih 90 buah kotak telah ditangguh beberapa kali disebabkan pandemik COVID-19.

Najib, Rosmah dan Global Royalty merupakan pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki oleh Tan Sri Bustari Yusof.

Pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 25 Julai tahun lalu, Najib dan Rosmah telah memeriksa sejumlah 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 pasang cermin mata yang dirampas dari premis yang sama.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan